Blog Cendawan 915 Sedang Di Naik Taraf

October 27, 2008

Harap maaf jika terdapat sebarang ganguan teknikal.

Habuk Kayu Terpakai Untuk Di Jual

October 22, 2008

Kami ada stok dalam 10 guni habuk kayu yg berasal dari beg-beg cendawan yg dah expired. Satu guni berat 20kg kami jual dgn harga RM3.50. Hubungi kami kalau berminat, terutamanya kepada mereka yg buat projek cacing.

Operasi Bersambung Kembali

October 19, 2008

Seminggu berlalu dan tak ada apa sangat yg jadi. Matlamat utk pindahkan pusat operasi pun tergendala gara-gara taukeh kena Chikungunya. Seminggu terbaring. Yg buat sakitnya bukan pasal demam tapi bisa sakit sendi dan ototnya. Walaupun demam dah kebah 5 hari lepas, tapi bisa sakit sendinya tak hilang-hilang. Sakit sendi ni amik masa berminggu atau mungkin berbulan baru baik. Bersabar je lah menerima dugaan dari Allah.

Selama 3 hari lepas kami teruskan proses memindahkan peralatan dan bongkah. Alhamdulillah, dah boleh meniaga. Bongkah yg diperam sudah matang.

Disini kami juga ingin berkongsi projek Cili yg dijalankan oleh abang ipar dan ayah dibelakang bangsal cendawan.

Tapak operasi baru. Sebahagian mengunakan barang-barang yg di re”cycle”

Rak peram kami gunakan rak kain.

Mist yg baru dipasang tadi. Kami pasang disekeliling bangsal. Keberkesanan belum diuji sebab cuaca mendung sepanjang hari.

Tangki baja cili

4000 beg cili. Menunggu cili disemai.

Selamat Hari Raya

October 9, 2008

On behalf Cendawan915, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jika ada tersalah kata, tersalah laku kami susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Ramadhan telah berlalu, raya pon dah sudah, kini tiba masanya utk “full force” balik. Untuk meng”qada’” kan masa-masa yg terbuang semasa bulan Ramadhan dulu. Sekarang tgh sibuk memindahkan operasi ke bangsal baru dan sambung membuat bongkah.

Semasa tgh mengemas tadi, kami jumpa bongkah ini. Yg dah kukus tapi belum disuntik. Bongkah ini dah terbiar lebih 2 minggu. Nampaknya ada “benda” lain yg hidup.

Mesin Bagging

September 21, 2008

Semalam kami berkesempatan utk singgah di Fatisha Agrofarm utk mencuba mesin begging barunya. Tapi nasib tidak beberapa baik kerana mesinnya ada sedikit kerosakkan, tetapi tidak menghalang kami utk test mengisi beberapa bongkah.

Kami agak kagum dengan kepantasan mesin ini. Mengisi dan memampatkan satu beg mengambil masa lebih kurang 5 saat sahaja. Ada kaedah yg kita perlu ikuti utk memastikan bongkah kita mampat. Dan corongnya boleh memuatkan lebih kurang 15kg media.

Untuk mengendalikan mesin ini disyorkan dikendalikan oleh dua org. Seorang begging dan sorang lagi memuatkan media didalam mesin.

Utk maklumat lanjut sila lawati blog http://www.siswazah-tani.blogspot.com/ atau hubungi Fatisha.

Selamat Menyambut Ramadhan

September 9, 2008

Alhamdullilah, dah 9 hari kita berpuasa. Kami dari Cendawan915 dan Saekar Enterprise mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.

Kami, kali pertama mengharungi Ramadhan sebagai usahawan tani. Memang perit bila berlapar dan perlu mengunakan kudrat tulang empat kerat utk meneruskan usaha, progress memang agak perlahan.

Selain itu, tapak operasi kami baru sahaja siap. Kami bina sebuah bangsal baru seluas 40 x 30. Separuh adalah bangsal peram kami, manakala selebihnya kami jadikan pusat operasi kami. Sebelum ini, memang ada masalah logistik kerana tempat bancuh, suntik, kukus, peram jauh dan berada ditempat-tempat berbeza. Penat menolak kereta sorong.

Kiriman habuk kayu tiba lagi minggu lepas, lori 3 tan. Harganya yg tidak tahan, RM460 sekarang ! Makin lama makin mahal.

Bangsal kami masih lagi kosong. Agak tertekan juga bila turun ke tapak. Bilalah nak berisi balik bangsal ni ? Ada 1500 dalam peraman dan progress di bulan puasa yg agak perlahan ini memang betul-betul menguji kesabaran.

Projek benih pula tertangguh. Kerana kami menunggu batch pertama peraman kami mengeluarkan hasil. Baru boleh ambil sampel cendawan. Medium PDA yg kami ceritakan post yg lepas, alhamdullilah masih lagi bebas dari pencemaran. Ini meningkatkan lagi keyakinan kami utk menyediakan medium PDA.

Benih Cendawan – Penyedian PDA

August 29, 2008

Lanjutan dari percubaan pertama kami yg gagal, kami telah menjalankan postmortem utk mengenalpasti punca pencemaran. Kami mula dengan penyediaan PDA.

Setelah beberapa eksperimen, kami dapati PDA pertama kami tidak sterile dengan sempurna. Ini disebabkan proses sterile tidak mencapai suhu minimum 121°C. Puncanya adalah presure cooker kami tidak sampai presure 15 PSI.

Setelah digodek-godek, rupanya api dapur terlalu kecil menyebabkan stim tidak cukup utk menaikkan presure dan suhu. Kami besarkan api sikit, alhamdullilah 6 dish PDA baru kami masih lagi sihat setelah disimpan selama 5 hari. Berbanding dengan cubaan pertama, dalam masa 2 hari sudah ada tanda-tanda pencemaran. Kami akan biarkan 6 dish tersebut lagi seminggu utk pastikan ianya betul-betul sihat.

Ini pula adalah transfer box yg baru kami bina dari sebuah rak buku. Pintu, rak dan dinding belakangnya kami buang dan gantikan dengan acrylic sheet. Selepas ini segala pemindahan PDA, tisu atau benih akan dilakukan didalam transfer box ini.

Perlukah Ada Blog ?

August 28, 2008

Saya ada beberapa kali dapat persoalan tersebut. Jawapan saya pada mereka adalah YA ! Bukan sebab ianya trend terkini, tapi sebab ianya mudah, murah (percuma) dan impactnya besar. Di Malaysia, saya perhatikan dalam industri agriculture, pengusaha cendawan lah yg paling aktif blogging.

Read the rest of this entry »

Perjumpaan Gabungan Cendawan Malaysia

August 25, 2008

Alhamdullilah, setelah sekian lama idea ini dimainkan, akhirnya berjaya juga pengusaha-pengusaha cendawan dapat berkumpul semeja. Terima kasih kepada saudara Ramlee dari Kulat Enterprise kerana mengambil satu langkah kehadapan utk menjayakan perjumpaan ini. Utk maklumat lanjut mengenai pertemua ini sila rujuk ke blog http://kulatenterprise.blogspot.com/

Berdiri Dari Kiri: Amree (Cendawan915), Jaafar, Hakim (S Two Mushroom), Supaat (Permai Desa), Kadir (KJ Mushroom), Ramlee (Kulat Enterprise), Lan (Planta), Rais (Impian Mushroom), Faisol (Ayne), Nazelan (Cendawan Melaka), Burnz (Cendawan Melaka).

Duduk Dari Kiri: Rizal, Pak Said (Cendawan Sg Udang), Abdul Rasid, Mansor (Ayne), Lan (Chini Agro), Man (Tunas Alam)

Click gambar dibawah utk melihat gambar perjumpaan ini.

Perjumpaan Geng Cendawan Se-Malaysia

August 22, 2008

Ahad ini buat pertama kalinya akan diadakan pertemuan antara pengusaha-pengusaha cendawan seluruh Malaysia. Kulat Enterprise akan menjadi host utk perjumpaan pertama ini. Jika anda seorang pengusaha cendawan kami syorkan anda menyertainya kerana ini adalah peluang utk bertemu dan berkongsi maklumat dengan pengusaha-pengusaha lain.

Untuk maklumat lanjut sila layari blog Kulat Enterprise : http://kulatenterprise.blogspot.com/

Date : 24th August 2008

Time : 2 pm to 5 pm

Venue : Kulat Enterprise


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.