
Alhamdullilah, dah 9 hari kita berpuasa. Kami dari Cendawan915 dan Saekar Enterprise mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.
Kami, kali pertama mengharungi Ramadhan sebagai usahawan tani. Memang perit bila berlapar dan perlu mengunakan kudrat tulang empat kerat utk meneruskan usaha, progress memang agak perlahan.
Selain itu, tapak operasi kami baru sahaja siap. Kami bina sebuah bangsal baru seluas 40 x 30. Separuh adalah bangsal peram kami, manakala selebihnya kami jadikan pusat operasi kami. Sebelum ini, memang ada masalah logistik kerana tempat bancuh, suntik, kukus, peram jauh dan berada ditempat-tempat berbeza. Penat menolak kereta sorong.
Kiriman habuk kayu tiba lagi minggu lepas, lori 3 tan. Harganya yg tidak tahan, RM460 sekarang ! Makin lama makin mahal.
Bangsal kami masih lagi kosong. Agak tertekan juga bila turun ke tapak. Bilalah nak berisi balik bangsal ni ? Ada 1500 dalam peraman dan progress di bulan puasa yg agak perlahan ini memang betul-betul menguji kesabaran.
Projek benih pula tertangguh. Kerana kami menunggu batch pertama peraman kami mengeluarkan hasil. Baru boleh ambil sampel cendawan. Medium PDA yg kami ceritakan post yg lepas, alhamdullilah masih lagi bebas dari pencemaran. Ini meningkatkan lagi keyakinan kami utk menyediakan medium PDA.
Tags: bangsal cendawan, benih, puasa, rumah peram
September 11, 2008 at 1:44 pm |
Maksudnya.. buat fulltime ka..
Saya angan camtu.. tapi tak terdaya lagi..
Pelan2 dok merangkak.
Kat sini boleh lar dpt 2tan RM250++. Sikit hari lagi tatau laarr.
September 19, 2008 at 9:03 am |
ari tu saya beli rm380 jer utk 3 tan… ni amik habuk kat mana??? bila nak start gaul media baru…. jemput ler g melawat tpt saya… sebelah pagar jer….
September 21, 2008 at 5:59 am |
Insyaallah .. dah lama hajat nak ke sana. Cuma saya timing kerja saya karut sikit. Nak beli wood vinegar ni.
September 28, 2008 at 2:20 pm |
Salam Aidilfitri, Minal Aidin wal Faizin dari kami di Kedah.
Terima kaseh..